ايك نعبد و ايك نستعين
Sesungguhnya hanya padaMu(ALLAH) kami sembah dan kepadaMu(ALLAH) kami memohon pertolongan,,,
Khurafat adalah sebahgian cabang dalam perkara-perkara yang merosakkan iman dan akidah. Akidah dan Iman umat Islam akan ranap apabila mereka sering melibatkan diri dalam kegiatan yang haram seperti mencuri, berzina, sumpah palsu dan perkara-perkara maksiat yang beribu yang wajib dihindari oleh umat Islam kini. Meminta nombor ekor dengan kubur juga merupakan perkara khurafat kerana kita meminta dengan yang selain ALLAH, selagi bumi dijunjung, selagi itu rezeki Allah di mana2. Hanya tinggal pengharapan dari kita sahaja.
Syirik juga boleh merosakkan iman dan akidah kita. Syirik pula terbahgi kepada 2 iaitu :
-syirik kholfi : syirik yang halus dan tersembunyi, seperti riak, takabbur, tamak dan kadang-kadang lidah kita yang mengatakan perkara-perkara syirik seperti lakonan (tanpa ittikad di dalam hati) dan bangga dengan pujian-pujian manusia (padahal hal yang dipuji itu datangnya dari ALLAH). Syirik ini diumpamakn oleh ulama’ bahawa syirik yang membawa kite kepada keburukan secara diam-diam seperti musuh di dalam selimut.
-syirik jali : syirik yang terang nyata seperti menyembah berhala, menyerupai mubaligh kristian atau rabbi yahudi sedang dia seorang Islam, memakai lambang agama lain (walau tiada niat di hati untuk terpesong). Syirik ini terang nyata membawa kepada murtad yang besar yang digeruni oleh masyarakat Islam kini dan juga golongan yang wajib diperangi oleh pemerintah.
Sesungguhnya hidayah Allah itu tidak mengenal siapa, dan hidayah Allah mempunyai peringkat2 tertentu, iaitu :
-hidayah gharizah : hidayah ini kebiasaan terdapat pada diri kita yakni hidayah yang semulajadi yang tidak ditunjuk ajar oleh sape2, seperti bayi akan menangis jika lapar, tangan akan tersentak apabila terkena cerek panas.
-hidayah hawwas : hidayah ini juga terdapat pada diri kita yakni hidayah pancaindera, dengan pancaindera, kita dapat membezakan antara lembu dan kambing, melalui telinga kita dapat mengecam suara ibu dan ayah.
-hidayah ‘aqlu : hidayah akal yang di mana manusia dapat berfikir untuk membezakan hal yang buruk dan hal yang baik seperti berfikir untuk membezakan antara pemikiran haiwan dan pemikiran manusia.
-hidayah ad-din : hidayah ini hanya pada orang Islam di mana hidayah ini berpandukan agama dalam setiap hal seperti mengutamakan agama berbanding hal2 yang lain, dapat berfikir melalui agama mana yang sesat dan mana yang benar, mana yang batil dan mana yang haq, mana yang jahil dan mana yang ‘alim.
-hidayah taufiq : hidayah ini merupakan hidayah level tertinggi. Hidayah ini bukan semua yang dapat hanya orang yang benar2 mengharap sahaja mendapatnya. Hidayah ini memberi impak pada sesorang itu hingga meningkatkan nilai taqwa dan imannya.
Jadi sama2 kita mengejar hidayah yan tinggi darjatnya dengan menhambakan diri sepenuhnya pada Allah.
“dan berpegang teguhlah kamu kepada TALI ALLAH (ISLAM) dan jangan kamu berpecah belah”
“ALLAH tidak akan pernah mengubah nasib sesebuah kaum itu hinggalah kaum itu yang mengubahnya SENDIRI”
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL…
"انا احب اسلام" و "نحن نحب اسلام"
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.