Saturday, 25 June 2011

motivasi buat da'ie


hayatilah setiap bicara beliau,,,muslimah solehah perintis negara berjaya,,,

iqra'

bacalah walau sepatah ayat,,,atau sepotong ilmu,,,
agar makin bertambah ilmu di dada,,,
sekangkan mata demi ilmu,,tangislah pohon ampun pada Ilahi...


cadangan blogger,,,agar anda menghargai cinta sejati ILAHI,,,



remaja kian mencari cinta sejati mereka,,
sedang cinta Ilahi entah ke mana,,
berbelanja lebih demi kekasih hati,,
tahajjud dilupakan hari demi hari,,,



duhai remaja,,
jikalau engkau mencari erti cinta sejati,,
gapailah cinta Ilahi,,
nescaya 1000 cinta sejati kan menanti,

Tuesday, 21 June 2011

ucapan umpama permata

Ucapan Hassan Al-Banna



Lihatlah! Alangkah manis dan benarnya ucapan Hassan Al-Banna tatkala beliau menjelaskan sifat-sifat peribadi contoh yang hendak dibentuk dan dilahirkannya.

“Aku mampu membayangkan al mujahid itu sebagai seorang laki-laki yang sentiasa membuat persiapannya, menyediakan bekalannya, mampu menguasai fikirannya yang memenuhi segenap sudut jiwanya dan segenap jurusan hatinya, dia sentiasa berfikir, menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.

Apabila diseru dia menyahut, apabila dipanggil dia menjawab, pulang dan dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuk dirinya. Dia tidak mengambil tugas selain tugas selain dari yang telah diletakkan oleh kehidupan serta tuntutan ke atasnya dan dia berjihad di jalannya.

Kamu dapat membaca pada garis wajahnya dan melihat pada kilauan matanya dan mendengar dari gerakan lidahnya segala apa yang bergelora di dalam hatinya sama ada dari yang melekat, kesakitannya yang terpendam, segala keazaman yang benar dan bersungguh-sungguh, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh yang sentiasa memenuhi jiwanya”

Wednesday, 15 June 2011

Khurafat dan Melayu… Sinonim ke???


Masyarakat melayu kini semakin jahanam dimamah kepercayaan karut. Kononnya bomoh mampu mempunyai keistimewaan tertentu menyembuhkan penyakit. Menggunakan jampi serapah dan limau purut untuk menyembuhkan pesakit. Salah satu mukjizat Nabi Isa adalah menyembuhkan pelbagai penyakit. Baginda mampu menyembuhkan penyakit berjangkit seperti katarak dan kusta. Namun, apabila baginda ditanya “siapa yang menyembuhkan penyakit ini wahai Isa?” jawab baginda, “hanya Allah yang mampu menyembuhkan segala penyakit kerana penyakit itu datangnya dari Allah, dan apalah daya aku seorang manusia untuk menyembuhkan orang lain”. Lihat baginda tidak mengaku bahawa penyakit itu disembuhkan olehnya namun baginda kembali kepada Azza Wa Jalla. Ramai juga yang menyangka telaga buruk yang telah lama tidak digunakan mempunyai penunggu dan penunggu itu meracau tidak tentu hala. Kononnya semangat perigi tua boleh mengambil nyawa orang. Padahal telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran bahawa mati di dalam kekuasaan ALLAH. Makhluk hanya penyebab bagi kematian itu. Yang menyembuhkan penyakit, yang memberi penyakit itu semua dari ALLAH, seperti firmannya dalam surah Al-Fatihah :


             ايك نعبد و ايك نستعين
Sesungguhnya hanya padaMu(ALLAH) kami sembah dan kepadaMu(ALLAH) kami memohon pertolongan,,,

Khurafat adalah sebahgian cabang dalam perkara-perkara yang merosakkan iman dan akidah. Akidah dan Iman umat Islam akan ranap apabila mereka sering melibatkan diri dalam kegiatan yang haram seperti mencuri, berzina, sumpah palsu dan perkara-perkara maksiat yang beribu yang wajib dihindari oleh umat Islam kini. Meminta nombor ekor dengan kubur juga merupakan perkara khurafat kerana kita meminta dengan yang selain ALLAH, selagi bumi dijunjung, selagi itu rezeki Allah di mana2. Hanya tinggal pengharapan dari kita sahaja.

Syirik juga boleh merosakkan iman dan akidah kita. Syirik pula terbahgi kepada 2 iaitu :

-syirik kholfi : syirik yang halus dan tersembunyi, seperti riak, takabbur, tamak dan kadang-kadang lidah kita yang mengatakan perkara-perkara syirik seperti lakonan (tanpa ittikad di dalam hati) dan bangga dengan pujian-pujian manusia (padahal hal yang dipuji itu datangnya dari ALLAH). Syirik ini diumpamakn oleh ulama’ bahawa syirik yang membawa kite kepada keburukan secara diam-diam seperti musuh di dalam selimut.

-syirik jali : syirik yang terang nyata seperti menyembah berhala, menyerupai mubaligh kristian atau rabbi yahudi sedang dia seorang Islam, memakai lambang agama lain (walau tiada niat di hati untuk terpesong). Syirik ini terang nyata membawa kepada murtad yang besar yang digeruni oleh masyarakat Islam kini dan juga golongan yang wajib diperangi oleh pemerintah.

Jika perkara-perkara ini pernah belaku kepada diri kita, kembalilah ke pangkal jalan. Masih terbuka luas pintu taubat ALLAH, dan ingatlah sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI hambanya,


Sesungguhnya hidayah Allah itu tidak mengenal siapa, dan hidayah Allah mempunyai peringkat2 tertentu, iaitu :
-hidayah gharizah : hidayah ini kebiasaan terdapat pada diri kita yakni hidayah yang semulajadi yang tidak ditunjuk ajar oleh sape2, seperti bayi akan menangis jika lapar, tangan akan tersentak apabila terkena cerek panas.

-hidayah hawwas : hidayah ini juga terdapat pada diri kita yakni hidayah pancaindera, dengan pancaindera, kita dapat membezakan antara lembu dan kambing, melalui telinga kita dapat mengecam suara ibu dan ayah.

-hidayah ‘aqlu : hidayah akal yang di mana manusia dapat berfikir untuk membezakan hal yang buruk dan hal yang baik seperti berfikir untuk membezakan antara pemikiran haiwan dan pemikiran manusia.

-hidayah ad-din : hidayah ini hanya pada orang Islam di mana hidayah ini berpandukan agama dalam setiap hal seperti mengutamakan agama berbanding hal2 yang lain, dapat berfikir melalui agama mana yang sesat dan mana yang benar, mana yang batil dan mana yang haq, mana yang jahil dan mana yang ‘alim.

-hidayah taufiq : hidayah ini merupakan hidayah level tertinggi. Hidayah ini bukan semua yang dapat hanya orang yang benar2 mengharap sahaja mendapatnya. Hidayah ini memberi impak pada sesorang itu hingga meningkatkan nilai taqwa dan imannya.

Jadi sama2 kita mengejar hidayah yan tinggi darjatnya dengan menhambakan diri sepenuhnya pada Allah.


Akhirkalam, saya menyeru masyarakat melayu yang beragama ISLAM agar meninggalkan kepercayaan tahyul, khurafat, syirik dan merosakkan iman dan akidah kita sebagai muslim. Saya bukan rasul melayu yang hanya berpihak pada melayu tetapi saya hanya mengingatkan bangsa saya yang seagama dengan saya agar perbetulkan balik akidah dan kepercayaan kita. Malah artikel kali ini lebih dituju kepada umat Islam yang berbangsa lain selain MELAYU. Khurafat dan Melayu bukanlah satu erti kata yang sinonim. Ingatlah bahawa ISLAM dan IMAN lah anugerah yang teragung di alam ini. HARGAILAH NIKMAT ITU UNTUK KEBAHAGIAAN BERSAMA. Renungilah firman ALLAH ini.

“dan berpegang teguhlah kamu kepada TALI ALLAH (ISLAM) dan jangan kamu berpecah belah”
“ALLAH tidak akan pernah mengubah nasib sesebuah kaum itu hinggalah kaum itu yang mengubahnya SENDIRI”

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL…

"انا احب اسلام" و "نحن نحب اسلام"
انا   احب   اسلام
ahassmile.blogspot.com

Monday, 6 June 2011

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Message: Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 



2. Aku melihat seorang dari umatku telah 
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang 
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan 
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi 
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK 
MENUNJUK-NUNJUK telah elepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil 
ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 
   

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, 

sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

BERSABDA RASULULLAH 
SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"





انا   احب   اسلام
                                                             ahassmile.blogspot.com

Friday, 3 June 2011

ReNuNgAN BeRsAMa

mengapa kite sering meminta perkara yang belum ada,
tapi kite x pernah nak bersyukur dengan ape yang dah ada,
kite x pernah kate ALHAMDULILLAH,
tapi kite hanye pandai kate AHHHHHHH,

ISLAM yang kite anut hari ini,
adakah kite pernah bersyukur dengan kehadiranNya???
pernah atau tidak kite berkata "ADUHAI BERUNTUNG AKU HARI INI SEBAGAI MUSLIM"
adakah kite hanya pandai melafazkannya??
atau kite gerakkan tubuh kite sebagai seorang muslim,
beribadah seperti muslim,
berperangai seperti muslim,
berpakaian seperti muslim,
dan belajar seperti muslim,

ATAU,
kite hanya mengaku "AKU ADALAH MUSLIM"
tapi kite x pernah berpelaku seperti muslim,
tuturkate,
sikap dan sifat kite,
ibadah kite,
pakaian kite,
dan sume hidup kite,
x seperti seorang MUSLIM<

ADAKAH SELURUH KEHIDUPAN KITE MENURUT TUNTUTAN ISLAM????

MUSLIM anda DI MANA???
PADA I\C sahaja???
ATAU pada SELURUH TUBUH ANDA???
DARI CELIK MATA sampai TERTUTUPNYA MATA???
ADAKAH SELARI DENGAN اسلام ?

renung2kan,,,,,,


hiduplah dalam keadaan sepenuhnya kepada ISLAM,,
MALULAH pada ISLAM,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...